User:Cikceriacorner/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia
Puding Karamel
Alternative namesDessert
TypeDessert
Place of originMalaysia
Main ingredientsGula, susu pekat, susu cair,telur, tepung kastard, esen vanila
Ingredients generally usedSusu UHT - jika perlu
Other informationmakanan untuk pelbagai lapisan umur
Puding Karamel

RESEPI PUDING KARAMEL[edit]

Tips membuat puding karamel[edit]

  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.[1]
  2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air.
  3. Kacau hingga cair.
  4. Telur dan susu dikisar.
  5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
  6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Puding Karamel Sedap[edit]

Bahan-bahan

  1. 7 biji telur
  2. 1/2 sudu besar tepung kastard
  3. 1/2 sudu besar esen Vanilla
  4. 1/2 tin susu pekat
  5. 1 tin susu cair
  6. 3 sudu besar gula – untuk buat karamel
Pelbagai dessert

Cara-cara

Masukkan gula ke dalam loyang dan panaskan di atas api yang kecil.Kacau sehingga gula menjadi cair dan keperangan.( boleh juga masak di dalam kuali dan setelah gula masak dan cair,pindahkan ke dalam loyang) Masukkan 2 sudu besar air dan ratakan. Sejukkan loyang.[2] Pukul telur di dalam bekas atau mangkuk. Masukkan tepung kastard, susu pekat, susu cair dan esen Vanilla. Kacau sehingga sebati.Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.Siap untuk dihidangkan.Lebih sedap jika disejukkan dalam peti ais.

  • Loyang juga boleh digantikan dengan kuali..setelah proses kerja memasak selesai boleh juga dipindahkan ke dalam loyang.

Puding Karamel Feqah[edit]

Bahan-bahan :

  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1 cawan air panas
  3. 4 biji telur
  4. 1 tin susu cair
  5. 2 sudu besar esen vanila
  6. 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :

  1. Masak gula hangus hingga cair.
  2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair.
  3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar.
  4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
  5. Kukus 20 minit hingga masak.

Puding Karamel Kak Ani[edit]

Bahan-bahan :[3]

(A)

  1. 230 gm gula pasir
  2. 50 ml air

(B)

  1. 800 ml susu kotak (segar atau UHT)
  2. 150 gm gula
  3. 8 biji telur A
  4. 2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

  1. Masak gula pasir (A) hingga cair dan keperangan dengan api perlahan.Tuangkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci. Ketepikan.
  2. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul dengan pemukul telur hingga sebati.Boleh juga guna mixer atau pengisar.
  3. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.
  5. Bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti ais beberapa jam.
  7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Puding ini enak dimakan sebagai pencuci mulut.
Pelbagai dessert
  • Mudah di masak:
    • kaedah yang mudah
      • cepat
  • sedap
  • sesuai untuk semua lapisan umur

kanak-kanak pun suka.

  • best sangat2..
  • boleh cuba
  • pasti nak lagi.

Rujukan[edit]